Saturday, August 11, 2012
Bermural
Mula2 sekolah tu minta buat satu mural je. Bila guru besar dia tengok mural pertama tu. dia suruh pula buat lagi dua tempat. Suka sangat la kot. Hahaha. Tapi yang aku nk cakap ni pasal satu tempat yang kebanyakkannya aku yang lukis. Errr ok ( sbnarnya aku dah terberhenti kat sini dalam 5 minit. tatau nk tulis apa ==')
Monday, April 30, 2012
BOOK
aku nak beli la buku ni. kat mana ada jual ek? hahaha. teringin pula nak baca pengalaman diorang. mesti best woooo ^^
Friday, March 30, 2012
I ALWAYS HOPE
Nur Syamimi,
Aku tak tahu nak mula camne haha.
Aku nak kau tahu kau la kawan paling baik yang pernah aku ada. Walaupun aku tak pernah jumpa kau. Kau selalu bagi aku semangat masa aku down. Tapi lepas aku dapat tahu pasal kau. rasa macam tak percaya. Kau begitu tabah mengharungi ujian yang Allah berikan kat kau.
Masa kau koma hari tu. Aku terkejut gila. Tu pun nia yang bagitahu aku. Kalau tak aku tak tahu pun. Masa tu kitaorang risau gila pasal kau lagi-lagi si nia. Aku selalu cakap kat dia yang kau akan sembuh. Alhamdulillah, kau sedar lepas 2 kali jantung kau berhenti berdeyut. kau kembali pulih. Aku seronok dan nia la yang paling gembira :)
Sampai la baru-baru ni. Kau cakap kau terima surat dari doktor. Aku perasan kau macam dah patah semangat. Kau dah macam tak nak lawan. Aku nak tahu juga apa tertulis kat surat tu. Kau kata sel darah putih kau naik mendadak and can cause a death. Aku pelik juga tak kan sebab tu kau dah patah semangat. Selamat ada nia, dia jumpa akak kau. Lepas tu dia bagitahu aku pula benda sebenar. Masa aku tahu tu otak aku dah blank. Banyak betul ujian kau hadapi. Sori mimi, mungkin kau tak nak kitaorang tahu kau ada sakit lain tapi kitaorang dah tahu. Kitaorang doakan kau yang terbaik. Walaupun kau kata masa dah singkat. Aku harap sangat sesuatu yang ajaib akan berlaku sebab tak mustahil akan berlaku. Tu semua kuasa tuhan.
Aku ada rancang juga nak jumpa kau lepas aku dapat kerja. Tapi aku takut tak sempat. Kalau boleh aku nak jumpa kau sangat. Aku nak luangkan masa 24jam ngan kau setiap hari. Aku nak berada disamping kau sepanjang masa. Aku nak renung muka kau lama-lama. Aku nak satu dunia tahu aku ada insan yang paling baik dan kaulah orangnya :) biar orang lain jeles tengok kita. Sebab kau la kawan paling baik aku pernah ada. Aku cemburu tengok orang yang dapat jumpa kau tapi aku tak dapat. Aku takut aku tak sempat jumpa pakar motivasi aku ni :)
Aku selalu harap kau akan sembuh dan penyakit tu hilang tiba-tiba dari badan kau :) aku harap sangat-sangat! Kau akan sihat. Tu yang selalu aku fikir :)Aku sayang kau sangat-sangat kawan! Terima kasih sebab selalu bagi aku semangat. Terima kasih sebab doakan aku lulus jpj hehe. Dan terima kasih sangat-sangat2 sebab sudi jadi kawan aku! Aku akan ingat kau selalu kawan :'D !!
Terima kasih Nur Syamimi :)
Wednesday, October 26, 2011
14 NOVEMBER 2011!!
sedar tak sedar sekejap je masa berlalu.... SPM pun semakin hampir.... persiapan pun kalau nak ikutkan masih lagi tidak mencukupi..... apa nak jadi laaa... makin dah nak exam makin malas jadinya...
tinggal lagi berapa hari jee... ntah sempat ke tidak nak study balik semua tu... tapi insyaallah sempat rasanya.. tu pun kalau tak online laa... hahaha~~ masalahnya asyik nak online jeee... tu yang tak dapat nak dielakkan... haiyoooo~~~ takpe takpe kena cuba juga untuk tidak online... nak seribu daya... cehhh~~~ :P
apa apa pun aku doakan la kepada semua calon SPM tahun ni semoga berjaya dan lulus dengan cemerlangnya dalam exam korang... tapi korang kena la juga doakan kejayaan aku.. ngeee~~
akhir kata, rajin rajinlah ulangkaji.. ini je masa yang kita ada... sebab SPM ni la penentu kemana kita nak pergi.... orait~~
Selamat Menduduki Peperiksaan SPM...!! :D
Friday, March 4, 2011
Friday, December 3, 2010
..
hari ni aku tak tahu nak cakap apa... yang penting... kerjasama..!! hahaha..!! aku nak tunjukkan kasut yang begitu meminati aku.. hehehe... bukan aku yang minat dia,.. haha~
Tuesday, October 12, 2010
TAKDA MOOD DEHH...
ahhh..!! begitu bosan hari ini.. sepertinya mahu main guli.. hahaha..!! hendak tidur pun ada juga... tapi masih lagi bohhhsann.. aparahh... apa yang tak bosan...?? huh...!! rasa macam nak bakar saja jalan kat luar tu... hahaha...!! kena mengenakah?? pelik sungguh... ahhh..!! malas berbicara lagi... aku bosan.. bosan..!!!!! hahaha..!!
Sunday, October 10, 2010
HELLO SEMUA..!!
Assalamualaikum semua,,, apa khabar kah?? sihat ada di diri masing2?? hahaha.. aku baru saja memulakan proses membuat blog.. aku harap ini dapat berjalan dengan lancar.. takde la jadi macam sebelum ni... tulis mula2 je.. pastu dah tak guna terus... hahaha..!! memang bagus benar la sangat.. so apa2 yang kurang kasi tahu la ye... mungkin aku akan menambahkan nya... kalau tak tambah.. mungkin darab atau kuasa dua.. hahaha.. janji dia meningkat.. itu sahaja buat permulaan yang kurang ini.. jadi rajin2 lah melihat blog aku yang tak seberapa ni... dan memberikan kata2 semangat untuk aku meneruskan pemblogkan ini... hahaha...!! :D
Subscribe to:
Posts (Atom)

































